Tuesday, January 11, 2000

SOTONG NAMPLA

Bahan-bahannya:

Rebus  1 kg sotong dan toskan (air rebusan jgn buang).

Bahan A (di tumbuk):

6 ulas bawang puteh
Cili padi merah sahaja

Bahan B:

3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar air asam limau
Garam dan gula

Cara memasaknya:

Toskan sotong yg di rebus, kemudian selesai tumbuk bahan A, asing kan dlm bekas lain dan masukkan bahan B dan gaul bersama bahan A. Masukkan air rebusan sotong sebanyak mana yg anda mahukan utk kuah. Letakkan sedikit hirisan daun ketumbar. Perasakan masam, manis, masin. Siap.

No comments:

Post a Comment