Wednesday, January 19, 2000

RESEPI PAPRIK SAYURAN

Bahan-bahannya:

2 biji terung dipotong memanjang
1 biji lobak merah (dipotong)
4 batang jagung muda (dipotong)
10 biji kacang panjang atau buncis secukupnya dipotong serong memanjang
Sedikit isi udang (jika suka)
1 sudu kecil chilli flakes
½ sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos cili
½ sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dibelah tebal
1 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
Garam dan perasa

Cara-cara memasaknya:

Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang. Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap. Masukkan terung goreng. Kacau rata dan perasakan. Kacau sebati. Tutup api dan siap.

No comments:

Post a Comment