Saturday, January 15, 2000

KERANG MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahannya:

1 batang Serai
1 sudu lada hitam
1 biji bawang putih
6 biji bawang merah
Cili padi
1 inci halia
Santan
1 ekor ikan rebus (isi sahaja)
Kerang

Cara-cara memasaknya:

Tumbukan bawang putih dan merah, lada hitam, halia dan isi ikan bersama. Bahan2 yg ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama kerang yg dicuci, cili padi, serai yg diketuk dan santan. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Nota: jika anda ingin masukkan sayur seperti bayam atau bendi juga boleh.

No comments:

Post a Comment