Saturday, January 1, 2000

PULUT KUNING KUKUS

Bahan-bahan:

- 500 gram beras pulut

- 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)

- 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)

- 1 sudu besar minyak masak

- 1/2 sudu kecil garam

- 1-2 sudu besar gula (2 sb gula pulut terasa manis2 sesuai untuk pulut semangat)

- 5 inci daun pandan (atau sehelai)

- beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (tidak perlu pewarna jika mahu pulut putih, boleh letak warna lain yang di sukai mengikut kesesuaian kuih)

- Loyang 20cm / 8 inci

Cara-cara:

Panaskan peiuk kukus yang telah diisi air. Cuci beras pulut seperti biasa. Masukkan ke dalam loyang. Kemudian masukkan santan, air, pewarna kuning, garam, daun pandan dan minyak masak ke dalam loyang yang berisi pulut tadi. Kacau rata. Bila air di dalam periuk kukus telah mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukus lapisan atas. Tutup kukusan. Set timer selama 30 minit. Kacau pulut setiap 10 minit. Selepas 30 minit, juka pulut masih tidak masak masukkan 1-2 sudu besar air panas, kacau dan kukus semula 10 minit. Bila pulut sudah masak, masukkan ke dalam rice cooker dan warm kan sahaja. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama rendang, serunding, sambal tumis, dan apa sahaja lauk kegemaran anda.

Tips kukus pulut: 

Kacau pulut setiap 10 minit untuk mendapatkan pulut yang masak sekata. Lebihkan santan, kurangkan air (tetapi jumlah cecair masih sama) jika mahu pulut lebih rasa lemak. Tambah sedikit air panas jika pulut masih belum masak sekata selepas 30 minit , kacau dan kukus lagi. Masukkan pulut yang telah masak ke dalam rice cooker dengan function'warm' untuk kekalkan kepanasan pulut. Boleh gunakan pewarna lain jika mahukan pulut bewarna merah / biru/ hijau dan sebagainya. Cara ini juga sesuai untuk buat pulut panggang, lopes, pulut pagi atau apa sahaja kuih yang mernggunakan pulut yang dikukus.

No comments:

Post a Comment