Saturday, January 1, 2000

MEAT LOAF

Bahan bahan:

900 gram daging kisar
2 labu bawang besar - potong dadu
3/4 cawan serbuk roti - boleh guna 1 cawan
1 cawan sos tomato
2 biji telur
2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
1 1/2 sudu kecil serbuk rempah campuran
Garam secukup rasa guna - 1 - 1 1/2 sudu kecil
Sedikit minyak zaitun

Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 200C. Gris loyang dengan sedikit minyak zaitun. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak zaitun. Tumis bawang besar sehingga layu sahaja. Angkat dan ketepikan. Satukan daging kisar, bawang goreng, 1/2 cawan tomato sos serta semua bahan lain ke dalam satu bekas. Gaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang sambil ditekan tekan supaya padat. Akhir sekali, tuang baki 1/2 cawan tomato sos di atas permukaan dsn ratakan. Bakar selama 30 minit dan kurangkan suhu pada 170C selama 30 minit lagi sehingga masak. Saya tambah lagi dalam 15 minit. Sejukkan sedikit sebelum dipotong. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment