Saturday, January 8, 2000

KUAH KARI MAMAK

Bahan-bahan:

2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
( semua rempah & serbuk2 dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati)

Bahan2 kisar:

1 biji bwg besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(Semua bahan bertanda * diatas di kisar@ ditumbuk halus)
2 ketul kiub pati ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan

Bahan2 tumis:

3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur

Cara2:

Panaskan minyak dlm periuk, bila panas tumis bahan2 tumis hingga naik bau, kemudian masukkan bahan2 kisar tadi. Bila dah harum masukkan rempah2 dan serbuk cili dan kunyit yg dah di bancuh tadi, kemudian kacau2 hingga naik minyak, bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air. Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering, kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Proses ni yg akan menyedapkan kuah kari.

Selepas itu masukkan kiub pati ayam,gula, garam, pes asam jawa adabi 1/2 sudu besar atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar.

Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap, last sekali bila hampir selesai boleh bubuh lagi daun kari. Rasa dulu sblm selesaikan masak. Dah siap kuah mamak dan boleh taruk atas nasi atau ayam.

Resepi kuah mamak ini hanya perlu buat jika anda buat ayam goreng mamak atau berempah sahaja tetapi jika anda buat kari ayam atau daging maka tak perlulah buat kari mamak lagi.

Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi. Baru masukkan air. Kpd penggemar kaki ayam, boleh juga masukkan kaki2 ayam sahaja dalam kari kaw ni untuk beri perisa yg lebih pada kuahnya.

No comments:

Post a Comment