Friday, January 7, 2000

AYAM MASAK MADU MAMAK

Bahan-bahan A:

1.5 kg. ayam
1 biji bawang besar - dihiris bulat
3 senduk nasi cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar madu
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar perasa
Garam
Air secukupnya

Bahan-bahan B (ditumis):

1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan C (dikisar):

1 biji bawang merah saiz besar
5 ulas bawang putih

Cara-caranya:

1). Ayam digaramkunyitkan, kemudian digoreng hingga masak (jangan sampai garing).

2). Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B diikuti dengan bahan-bahan C.

3). Bila telah naik bau, masukkan cili kering kisar. Gunakan api sederhana dan biar cili mereneh di atas dapur sehingga terbit minyak. Kalau nak cili cepat masak, boleh tutup kuali.

4). Selepas cili masak, masukkan sos tiram, madu, gula perang, garam, perasa dan air secukupnya. Masak sehingga kuah mendidih.

5). Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Kaup balikkan dan gaul rata. Masak sehingga kuah pekat sedikit.

6). Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar. Gaul rata dan bolehlah ditutup api.

7). Semasa menghidang bolehlah ditabur sedikit daun kari di atasnya.

No comments:

Post a Comment