Friday, January 7, 2000

SAMBAL TEMPOYAK

Bahan-bahan :

3 sudu besar tempoyak.
6-8 tangkai cili padi.
2 ulas bawang besar.
Sedikit kunyit hidup.
Ikan bilis.
1 batang serai.
Garam.
Gula.

Cara penyediaan :

1- Tumbuk cili padi, bawang besar, dan sedikit kunyit hidup (tumbuk kasar).
2- Tumbuk ikan bilis (tumbuk kasar).
3- Titik sebatang serai.

* Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan sebatang serai yang telah dititik bersama ikan bilis. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan tempoyak. Masak sampai sekata. Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Kacau selama 1-2 minit. Selepas itu, sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment