Friday, January 7, 2000

DAGING MASAK HITAM CARA MAMAK

Bahan-bahan:

- 3 kg daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 x 3 = 42 keping).
- 4 biji bawang labu sederhana besar dihiris untuk tumis.
- 250 gm rempah kari daging (bungkusan 250gm).
- 2 sudu besar serbuk jintan putih.
- 1 sudu besar serbuk jintan manis.
- 1 sudu besar serbuk kas-kas (tidak kemestian).
- 2 sudu kecil (tsp) garam masala.
- 150gm cili giling atau cili kering kisar.
- 125gm sos cili.
- 100gm sudu besar (tbsp) sos tomato.
- 75gm gula pasir.
- 1/2 cawan kicap pekat.
- Garam secukup rasa.

Bahan untuk kisar / tumis:

- 5 biji bawang labu sederhana besar dikisar dan asingkan ia digunakan sebagai kuahnya).
- 2 btg serai diketuk perdunya.
- 4 sudu besar pes halia bawang putih.
- 3 helai daun pandan di potong 3 inci.
- 5 tangkai daun kari.
- 3 kpg kayu manis, 5 buah pelaga, 4 bunga lawang, 8 cengkih.
- 1 cawan minyak masak.
Cara-cara:

1). Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk. Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu. Air rebusan daging jangan dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras air yang terlalu rendah. Simpan air daging (stok) ini untuk jadikan kuahnya.

2). Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak panas, masukan bawang hiris dan tumis sehingga warna bawang bertukar warna kuning keemasan. Masukkan segera campuran kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan, daun kari dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan aroma harum.

3). Kecilkan api dapur kepada sederhana dan masukkan pes halia bawang putih, di ikuti dengan bawang kisar. Tumis sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.

4). Masukkan bahan kisar cili /cili giling kacau rata. Biarkan sebatian ini pecah minyak (minyak akan wujud di sekeliling kuali).

5). Masukkan serbuk kari , sebuk jintan putih, jintan manis, kas-kas, garam masala. Kacau rata dan tunggu sekali lagi sebatian ini pecah minyak. Jaga jangan hangus.

6). Masukkan segera air rebusan daging dan daging. Kacau rata. Besarkan api dapur. Kita tak tambah air kerana air rebusan daging dah sedia ada dan daging telah pun masak secukup.

7). Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih sehingga kuahnya menjadi pekat. Kecilkan api dapur.

8). Masukan gula pasir dan garam secukup rasa, kacau rata, padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment