Thursday, January 6, 2000

SOTONG BAKAR TOM YAM

Bahan-bahan:

3 ekor sotong bersaiz sederhana besar
5 biji cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 peket perencah tomyam ADABI
1 batang serai
1 biji limau nipis
2 helai daun limau purut
sedikit belacan
secubit garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara-Cara Penyediaan:

Cuci bersih sotong dan kelarkan dibahagian badan dan ditoskan airnya. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih sedikit belacan dan air sehingga halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga naik bau dan lada masak. Masukkan perencah tomyam,serai,garam dan gula dan dikacau lagi sehingga menjadi agak kering. Selepas paste agak kering,masukkan perahan jus limau nipis dan daun limau purut yang diracik halus dan kacau lagi. Dalam kuali non stick, letakkan sotong yang telah ditoskan tadi dan masak seketika sehingga keluar air sotong tersebut. Letakkan paste dan terbalik2 kan sotong td sehingga masak dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment