Tuesday, January 4, 2000

BERGEDIL AYAM ATAU DAGING

Bahan-bahannya:

3 biji kentang (buang kulit dan hiris)
¼ kg daging ayam/lembu cincang
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
1 genggam bawang goreng
1 genggam daun bawang
1 biji telur - dipukul
Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-caranya:

1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.

2. Masukkan pula daging cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam dan lada sulah.

3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan leper.

4. Utk mengelakkan adunan tadi pecah semasa menggoreng, sebaik-baiknya celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.

Siap dah boleh dihidangkan dalam meehon sup dan sebagainya.

4 comments: