Tuesday, January 4, 2000

SAMBAL GORENG

Bahan-bahan A

1kg paru direbus dan potong kecil-kecil

1/2 kg daging potong kecil-kecil dan direbus

Cara rebus daging, letakkan hanya sedikit air dan rebus dgn api perlahan hingga empuk.

1/2 kg hati dipotong kecil-kecil, lumurkan kunyit dan sedikit saja garam. Tak perlu rebus. Boleh terus goreng

1kg udang digoreng sebentar

Bahan rencah dikisar B

3 senduk besar lada kisar (terpulang hendak berape pedas)
Cili padi beberape biji kalau suka pedas
3-4 batang lada merah
10 biji bawang besar
15 biji bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
6 batang serai
Belacan

Apabila menumis bahan kisar, pastikan ianya betul-betul garing dan pecah minyak

Bahan rencah dihiris C

15 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
10 tangkai lada kering digunting halus
5 batang lada merah dan hijau dihiris
5 batang serai dihiris halus
2 inci lengkuas dan halia dicincang
Jika tidak mahu dicincang pun boleh juga. Bahan ini boleh campur pada bahan kisar bila tak mahu dihiris.

Bahan rencah D

2 cawan bawang goreng
Beberape helai daun limau dan daun kunyit dihiris kasar
Segenggam asam jawa
Stock Ikan bilis dan lembu (optional)

Cara memasaknya: 

Goreng bahan hiris hingga agak garing, angkat dan tepikan. Sebelum tumis lada kisar, masukkan dulu serai yg dah dihiris bersama halia dan lengkuas yg dicincang/hiris. Kemudian baru masukkan lada kisar dalam 3-4 senduk besar. Terpulang jika suka pedas boleh tambah lagi. Tumis dalam 2-3 min barulah masukkan bahan kisar yg lain. 

Tumis bahan kisar hingga betul-betul garing dan pecah minyak. Masukkan stock ikan bilis dan stock lembu, garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau dan daun kunyit.

Masukkan air asam jawa. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian masukkan paru, daging, hati, udang dan bahan hiris yg telah digoreng garing. Masak hingga rencah dan bahan-bahan paru, daging, hati dan udang mesra dan rata. Bila semuanya sudah sebati, akhir sekali taburkan bawang goreng. Gaul rata.

No comments:

Post a Comment