Tuesday, January 4, 2000

AYAM GORENG REMPAH BERIYANI

Bahan-bahan:

1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza)
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan pes asam jawa
garam dan gula secukupnya


bahan-bahan kisar :

6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih

Cara-cara :

Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).

Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.

Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus. 

No comments:

Post a Comment