Thursday, February 17, 2000

BUBUR KACANG HIJAU

Bahan-bahannya:

200 gram kacang hijau
2 liter air
100 gram biji sagu
2 helai daun pandan
100 gram gula melaka
Secubit garam
1 tin jagung tin
400 ml santan

Cara-cara memasaknya:

Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan kacang hijau, air dan daun pandan dalam kuali. Masak dengan api yang sederhana besar dan sebaiknya ditutup. Selepas kacang hijau telah separuh masak, masukkan sago untuk direneh bersama. Kacau terus secara perlahan-lahan sehingga kacang hijau dan sago masak sepenuhnya. Tambahkan gula melaka dan garam secukupnya bersama dengan santan dan jagung. Matikan api, keluarkan daun pandan dan hidangkan!

No comments:

Post a Comment