Monday, January 24, 2000

SPAGHETTI OREGANO GORENG

Bahan-bahannya:

60gm spaghetti
2 sosej ayam atau daging (dibelah 4 dan dipotong dadu)
3 lada bengala (dipotong dadu) - hijau, merah dan kuning setiap satu
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1/2 sudu teh oregano atau basil
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumisan:

1/2 sudu teh lada hitam (kisar)
1 atau 2 biji cili padi (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Sedikit garam
40-50ml air

Cara-cara memasaknya:

Rebus spaghetti didalam periuk yang telah dimasukkan sedikit garam dan minyak. Rebus sehingga empuk, toskan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah di kisar tadi sehingga kekuningan sahaja jangan sampai bawang putih jadi coklat. Masukkan sosej dan daun basil. Masukkan sedikit air supaya spagetti tidak terlalu kering. Masukkan bawang besar, kacau sehingga layu. Masukkan spagetti dan kacau rata. Masukkan lada benggala, biarkan sebentar. Taburkan oregano dan tutup api.

No comments:

Post a Comment