Monday, January 24, 2000

SPAGHETTI TUNA OLIO

Bahan-bahannya:

1/2 paket spaghetti - celur sampai empuk.
3 camb olive oil - kalau tak ada boleh pakai minyak masak biasa.
3 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
sedikit daun pudina
1 tin tuna flakes
garam gula
3-4 keping shitake mushroom
3-4 biji cili kering - di hiris panjang serong
1 biji tomato - potong dadu

Hiasan:

Bawang putih goreng
Keju (diparut)
Lada hitam (ditumbuk)

Cara-cara memasaknya:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga garing. Bila bawang dah garing, masukkan mushroom dan tuna flakes. Goreng seketika hingga tuna kegaringan. Masukkan spaghetti dan tomato dan digaul rata. Masukkan garam gula secukup rasa dan juga daun pudina. Semasa menghidang taburkan lada hitam, keju dan bawang putih goreng. Siap untuk di makan. 

No comments:

Post a Comment