Friday, January 14, 2000

IKAN STIM TAUCHU

Bahan-bahannya:

1 ekor siakap (sederhana besar)
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos ikan
sedikit perahan jus limau
Bahan dihiris halus:
1 btg serai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cm halia
cili merah
1 biji tomato
daun ketumbar/ daun sup

Cara Penyediaan:

Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam. Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomato dan daun ketumbar). Kukus dalam pengukus selama 15 minit, kemudian masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup. Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garam kerana taucu sudah mempunya rasa masin yg kuat.

No comments:

Post a Comment