Monday, January 3, 2000

BAWANG GORENG RANGUP

Bawang merah kecil dipotong nipis2. Gaul dengan sedikit garam dulu, ratakan baru gaul dgn tepung beras. Anggaran kalau sekilo bawang, garam 1 sudu kecil dan tepung beras satu senduk (5 sd besar) shj. Gaul rata. Tapi boleh lebihkan tepung kalau nampak tak tersalut ngan bawang. Lebih takper..lagi rangup.Goreng dalam minyak yg banyak ya. Pastikan jgn letak bawang terlalu banyak, nanti tak rata rangupnya. Kacau sekali sekala sahaja. Pastu..bila warna dah ke coklat (perang), terus tutup api dan kacau sekejap pastu angkat, tos dan tuang atas tisu dapur. Bila dah sejuk masukkan dlm bekas kedap udara.

2 comments: