Sunday, January 30, 2000

TAUHU BEGEDIL

Bahan-bahannya:

- Tauhu pok atau tauhu goreng, tebuk X, terbalikkan, keluarkan isinya yg melekat, terbalikkan semula.
- 1.5 kg kentang, direbus dan dilenyek bersama sedikit garam dan lada sulah.
- 5 ulas bawang putih, dicincang
- 1 biji bawang holland, dicincang
- 4 keping daging kisar, dilenyek atau dicarik-carik
- Daun sup - dihiris halus
- Cili padi
- Minyak untuk menumis
- 3 biji telur - dikacau dengan garam, lada sulah, 2 sudu tepung jagung.

Cara-cara memasaknya:

Tumis bawang dengan sedikit minyak, masukkan daging burger sehingga garing, perasakan dengan garam, lada hitam dan lada sulah, masukkan daun sup, masukkan ke dalam mangkuk kentang yg telah dilenyek tadi dan gaulkan. Pastikan rasanya cukup kerana tauhu sedikit tawar, gaulkan juga isi tauhu yg dikeluarkan tadi. Masukkan inti ini ke dalam tauhu menggunakan sudu sehingga padat. Celup tauhu dlm telur dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.

Nota: Boleh masukkan cendawan butang jika mahu.

Sos Tauhu Bergedil:

Bahan-bahannya:

- Cili kering yg telah dikisar
- 1 atau 2 sudu gula
- Garam
- Kicap
- Sos tiram
- Minyak utk menumis
- Cili api kisar jika mahu lebih pedas
- Setengah sudu besar tepung gandum digaul dengan setengah cawan air
Cara-cara memasak sos:

Tumis cili hingga garing, masukkan 1 atau 2 sudu gula, masukkan sos tiram dan kicap, masukkan campuran tepung gandum, tambahkan air jika terlalu pekat, perasakan garam secukupnya.

No comments:

Post a Comment