Tuesday, January 25, 2000

SPAGHETTI WHITE SAUCE ALA CARBONARA

Bahan-bahan sos:

1 cawan tepung gandum
1 liter susu segar
1 cawan krim
1/2 ketul butter
200 gm dada ayam dipotong nipis
1/2 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu serbuk lada hitam
parutan keju cheddar
Spaghetti yg telah direbus lembut

Cara-cara memasaknya:

1. A : Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih, hingga wangi. Masukkan ayam dan digaul rata. Masukkan lada hitam dan garam. Biar hingga ayam masak dan ketepikan.

2. B : Dalam periuk yg lain, panaskan butter, dan masukkan tepung gandum. Kacau sebentar hingga tepung kekuningan. Masukkan krim dan susu. Kacau supaya tidak bergentel. Biarkan sehingga kuah sedikit pekat tapi jgn terlalu pekat. Kalau pekat tambah dengan sedikit air panas. Masukkan parutan cheese.

3. Bila dah sedia utk menghidang, panaskan bahan A dan bahan B. Panaskan sebentar, jgn terlalu lama kerana sauce putih cepat bergentel, terus masukkan spaghetti dan ditutup api. Taburkan cheese dia atas.

No comments:

Post a Comment