Thursday, January 20, 2000

RESEPI AYAM MASAK SERAI

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong kecil2 (sebesar 2 inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.

No comments:

Post a Comment