Thursday, January 20, 2000

AYAM GORENG RANGUP MURNI

Bahan-bahannya:

Setengah ekor ayam dipotong 4. 

Bahan kisar (A):

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia, lengkuas 2 inci
Cili kering atau serbuk cili
Serai 3 batang
Rempah ketumbar 1 sudu
Jintan manis setengah sudu
Buah keras 3 biji

Bahan-bahan (B):

Serbuk kari 1sudu penuh
Garam
Daun kari sikit
secubit gula
1 sudu tepung beras dan 1 sudu tepung jagung
sedikit bahan perasa

Cara-cara memasaknya:

Kisar semua bahan tu dengan 2 biji telur dan air asam jawa pekat, kalau bolah jangan masuk air langsung sebab kita tak mahu ayam tu berair. Perap ayam dengan bahan yg dikisar (A) tadi dan juga bahan (B). Perap 30 minit. Goreng dengan api sederhana, tutup dengan penutup periuk sewaktu menggoreng. 2-3 minit sebelum angkat kena buka tutup periuk. Kaedah ni untuk dapatkan ayam yg rangup tapi berjus didalam.

Untuk dapatkan serat yg garing tu, bila dah siap goreng semua ayam. Ambil serdak2 yg tinggal dan goreng dengan api sederhana, masa tgh goreng tu. Kacau2 serdak tu supaya dia tak bergumpal atau berketul. Bila dah garing, angkat terus dan tabur pada ayam goreng tadi..

Nota: lepas goreng ayam, rehatkan ayam tu lebih kurang 5-10 minit sebelum dipotong, sbb kita tak mahu ada darah yg keluar lepas ayam dipotong.

No comments:

Post a Comment