Sunday, February 6, 2000

NASI AYAM

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
2 kiub pati ayam
10 cawan air(air secukupnya..kalau suka banyak kuah tambahkan lagi)
dan sedikit garam

Cara-cara memasaknya:

Rebus ayam tadi bersama2 bahan2 di atas sehingga ayam empuk, kemudian asingkan ayam tadi, toskan airnya, kita dah dapat air rebusan ayam. Kemudian kita perapkan ayam, kalau nak lagi sedap, perapkan semalaman.

Bahan-bahan lain:

Ayam yang telah direbus tadi
*2 batang serai
*sedikit halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
(Bahan2 bertanda * dikisar dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos barbeque
2 sudu besar kicap
sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Gaulkan semua bahan-bahan di atas bersama2 ayam yang telah direbus tadi. Perapkan 3-4 jam. nak lagi sedap

Bahan-bahan membuat nasi:

4 helai daun limau purut
3 batang serai
4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
*1/2 biji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda* ditumbuk halus)
2 kuntum bunga lawang
sedikit marjerin/mentega
3 cawan beras (cuci bersih dan ditoskan)
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 paket sup bunjut adabi
sedikit garam

Cara-cara memasaknya:

Panaskan marjerin di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis bahan-bahan tumbuk, serai, daun limau purut, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga garing dan naik bau. Masukkan sup bunjut. Masukkan air rebusan ayam. Masukkan beras. Masukkan garam secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kalau nak nasi cantik, masukkan sedikit pewarna kuning. Tutup api. Kemudian angkat periuk tadi.. "On" kan periuk nasi dan masak seperti biasa.

Bahan-bahan membuat sup:

Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil2
air rebusan ayam secukupnya
1 paket sup bunjut
1 kiub pati ayam
*sebiji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda * dihiris halus/ditumbuk)
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
sebatang carrot dihiris halus
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
garam secukupnya

Cara-cara memasaknya:

Panaskan sedikit minyak sahaja. Tumiskan bahan rempah,bawang putih,bawang besar,halia dan sup bunjut sehingga garing dan naik bau. Bila dah garing,masukkan ayam.biarkan ayam kecut. Masukkan air rebusan ayam. Masukkan kiub pati ayam. Akhir sekali masukkan daun sup, daun bawang dan carrot. Biarkan mendidih dan pastikan ayam dan carrot empuk. Tutup api.

Bahan-bahan membuat sos cili:

5 tangkai cili hidup
4 ulas bawang putih
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar air panas

Cara-cara memasaknya:

Kisar semua bahan2 di atas, dah siap sos cili.

Kemudian goreng ayam yang kita dah perap tadi, tak payah goreng lama-lama, hidangkan bersama2 salad, timun dan tomato. Hiaskan ikut citarasa masing-masing.

No comments:

Post a Comment