Friday, January 21, 2000

AYAM MASAM MANIS

Bahan-bahannya:

Seekor ayam
3 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 sudu makan sos tiram
Secawan Sos cili
Cili besar dan bawang kuning (hiasan)
Secawan air
Sedikit garam

Cara-cara memasaknya:

Perap ayam dengan garam kunyit 15-30 minit. Goreng ayam. Tumis bawang putih, bawang merah n halia yg semuanya dimayang sahaja dlm minyak gorengan ayam. Setelah naik bau masukkan sos tiram dan sos cili diikuti dengan secawan air. Gaul sebati. Bila dah menggelegak, masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Dengan api sederhana, sesekali kacau ayam supaya tak hangit bahagian bawah. Bila kuah sudah kering, masukkan garam dann gaul rata. Kemudian masukkan cili hijau dan bawang kuning. Bila cili dan bawang dah layu. Matikan api. Siap.

No comments:

Post a Comment