Friday, January 21, 2000

AYAM KARAMEL LEKIT

Bahan-bahannya:

4 peha ayam dipotong kecil 
12 ketul sayap dipotong 2 jadikan 24 ketul
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 inci halia ditumbuk halus.

Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Masukkan bawang putih dan halia tadi, goreng sehingga wangi dan layu kemudian masukkan ayam. Masak ayam sehingga ayam sedikit kecut. Baru masukkan:

1/2 cawan cili sos
1 sudu besar chili flakes
1 sdk lada itam berbiji halus
1 sudu besar kicap sotong/ikan
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar perasa

Cara-cara memasaknya:

Gaul semua bahan sehingga menjadi sedikit kering berkaramel melekit..
Oleh kerana penggunaan madu dan gula perang adalah disarankan menggunakan. Api perlahan sagaja supaya ayam tak hangit. Kacau, gaul terbalikkan ayam supaya masak rata. Sesudah masak angkat tabur bijan yg disangai terlebih dulu.

No comments:

Post a Comment